Seorang pegawai polis peronda Thailand dilihat menjaga satu kawasan yang menempatkan hampir 30 mayat pelarian Rohingya di sebuah hutan di daerah Sadao, wilayah Songkhla, selatan Thailand pada 2 Mei lalu
KANGAR: Satu kubur besar yang dipercayai menempatkan hampir 100 mayat pendatang Rohingya dijumpai di Padang Besar, Perlis.
Memetik satu laporan dari The Star Online, komando polis dan pasukan forensik Bukit Aman sudah tiba di tempat kejadian pada petang Jumaat yag lalu. Menurut laporan tersebut juga, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka akan membuat satu sidang akhbar berikutan penemuan itu.
"Setakat ini tiada maklumat boleh didapati kerana dipercayai polis di sedang menjalankan operasi," kata sumber dari laporan tersebut.
Menurut seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, lokasi itu sekarang menjadi kawasan larangan dan tidak boleh diakses oleh oarang awam.
"Tempat itu telah dikepung dan ia terletak di kawasan yang berbukit," katanya.
Seorang penduduk kampung berkata ada kemungkinan sebuah kubur besar telah dijumpai di Padang Besar.
"Orang Rohingya boleh mati di mana sahaja dan bukan hanya di Thailand.
"Kita tak boleh pilih di mana hendak mati", katanya.
Keadaan di bandar Padang Besar kini kelihatan normal seperti biasa, kecuali kehadiran beberapa jentera polis yang dapat dilihat berhenti di bahu jalan di tepi gerai makanan.
0 comments:
Post a Comment