http://khazanah-penawar.blogspot.com/p/penawar-resdung.html

Thursday, 26 February 2015

Filled Under:

Lelaki Berusia 70 Tahun Ini Terpaksa Bekerja Keras Selama 15 Tahun Semata-Mata Untuk Membayar Hutang RM400 RIBU Yang Tidak Pernah Wujud !!!



Ditipu berhutang dengan kerajaan Singapura sejumlah wang $400,000, warga emas berumur 70 tahun dikenali sebagai Tan Soy Kiang menghabiskan masa 15 tahun lalu bekerja keras dengan 2 pekerjaan berbeza, hidup dengan sejimat yang mungkin dan meminjam wang dari jiran serta kakaknya bagi melangsungkan hidup...

Hanya baru-baru ini telah terbongkar bahawa DIA TIDAK MEMPUNYAI APA-APA HUTANG!!! Ia hanyalah sebuah penipuan yang didalangi dua wanita rakyat Singapura yang tahu dia seorang yang lurus...

15 tahun yang lalu dua wanita ini menemui Tan dan memberitahunya bahawa dia berhutang dengan kerajaan dengan jumlah yang banyak dan perlu menyelesaikannya atau dia bakal dipenjara.Takut dengan amaran tersebut, Tan memohon pertimbangan mereka berdua kerana dia tidak mempunyai wang dengan jumlah yang banyak...

Jadi wanita tersebut memberitahunya dia boleh membayar mereka secara ansuran melalui mereka tepat pada tarikh gajinya.Jika ada kelewatan dia bakal dipenjarakan...

Tan terpaksa melakukan 2 pekerjaan bagi mempercepatkan tempoh pembayaran hutangnya yang tidak wujud tersebut.Pada sebelah pagi dia bekerja sebagai pencuci jalan dengan gaji $1000 manakala satu lagi pekerjaan sebagai atendan pam minyak juga dengan gaji $1000...

Setiap hujung bulan 2 orang wanita tersebut akan datang bagi mengutip 'Hutang' dan setiap sen wang gajinya diberikan pada mereka walaupun sebenarnya ia tidak wujud sama sekali...

Dia hidup bersendirian dan terlalu sibuk bekerja sehinggakan tiada masa untuk bersama rakan-rakan dan saudara.Rakan kerja setempat yang melihat dia selalu berjumpa 2 wanita tersebut merasakan tiada yang pelik dan aneh dan tidak terlintas untuk bertanya....

Walaupun dikatakan sudah membayar sebahagian besar 'Hutang' tersebut namun ia tidak mencukupi dan memaksa dia mengeluarkan wang persaraan sebanyak $53,000....

Penipuan itu terbongkar apabila anak saudaranya,Pamela Lim yang menetap di Australia selama 15 tahun pulang dan menemui Tan dalam keadaan menyedihkan.Dia lebih terkejut apabila Tan terpaksa membuat 2 pekerjaan bagi meneruskan hidup.

Pamela tidak percaya apabila Tan memberitahu dia mempunyai hutang akibat perniagaannya gagal dan setelah dipaksa beberapa kali baru Tan memberitahu hal 'Hutang' tersebut.Walaupun dia mungkin sudah sedar yang dia sudah ditipu namun dia tidak tahu hendak mengadu kepada siapa.

Pamela telah merancang satu perangkap bagi menangkap 2 wanita tersebut dan akhirnya mereka berdua mengaku merancang penipuan tersebut.Bagi menyelesaikan kes secara baik mereka berjanji akan membayar $500 kepada Tan walaupun sebenarnya Tan membayar mereka $2000 setiap bulan!

Apabila Pamela melaporkannya kepada balai polis,mereka mengklasifikasikan Tan membayar secara sukarela.Gila bukan? Pamela sedang berusaha membawa kes itu ke mahkamah dan jika menang, wanita tersebut bakal dipenjara 10 tahun dan dikenakan denda serta membayar semula wang Tan yang ditipu....




2 comments:

  1. patot nya pihak berwajib sana lebh prihatin

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete